Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos – Exco

Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan kos tambahan sebanyak RM1.1 juta.

“Pihak konsultan dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Zoo Johor berdepan dengan tiga masalah teknikal luar jangka yang tidak dapat dielak sejak beberapa bulan lepas, sekali gus mengakibatkan tempoh masa lebih lama untuk siap sepenuhnya diperlukan.

“Masalah itu adalah berhubung pembinaan saluran tangki najis haiwan secara berasingan bagi setiap kandang, kerja baik pulih dinding kolam takungan yang roboh serta pemasangan semula sistem perpaipan dan pendawaian elektrik yang usang,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kediaman yang mengalami gangguan bekalan air di Felda Bukit Permai di Kulai hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *